Awal persekolahan kan, memanglah penat. Mana taknya, sebelumni masa banyak duduk kat rumah, buat kerja rumahpun slow and steady. Sekarangni, masa banyak kat sekolah, kerja rumah yang dulu boleh buat dalam masa 4 jam dah kena buat dalam masa 1 jam. Mana tak penat. Awal2 ni pula, ada orientasi ting 4. Kena mengasuh budak2 tulah pulak. Tahun lepas mengasuh depa masa ting 3. Tak larat tengok dah kelakuan depa. Istighfar je lah. Daripada kena jaga orientasi, baik mengajar dalam kelas pulak. Tak teruk sangat. Ada juga masa free, nak longgarkan sendi2. Lepastu, banyak dokumentasi nak kena buat, I tell you. Kena siapkan Buku rekod mengajar, headcount ting 5, hc ting 3, ada kelas tak cukup kerusi meja pulak. Budak2 ni, naik tingkatan 4 kenalah buat streaming kelas ikut result PMR. Ada yang tak mau, merajuk, sampai nak tukar2 sekolah. Hah, tukarlah. Cikgu senang sikit, pelajar tak ramai. Yang dapat masuk kelas sains pun nak tukar juga. Tak sanggup belajar, B. Inggeris semua. Hoiiii... pesidang meja-meja bulat ni, bila nak buat keputusan. Claim TnT hangpa dapat banyak dah. Kami kat sekolahni, klip pop klip pop tunggu langkah seterusnya. Habis tu, kalau dah depa tak sanggup masuk 4 sains ni, tak pa lah masuk 4 sains sukan. ambil ICT, prinsip akaun dan add maths. Takkan nak paksa maksa pulak. Jadi apa2 nanti, cikgu disalahkan pulak. Yang berebut nak masuk 4 MPV pulak satu hal. Sedu sedan, linangan air mata, kepudaran wajah, mulut muncung, kesian tengok. Tapi nak buat macammana anak-anak sekelian. Tempat tu terhad. Maaflah banyak2 sebab cikgu terpaksa channel hampa ke kelas lain. Duk tang manapun baguih. Semua atas kita je. Sekarangni, tak da rezeki, masa akan datang, mungkin dapat yang lebih baik lagi. Amin. Cikgu doakan. Yang tak mau masuk ke kelas tertentu kerana individu tertentu pun satu hal juga. Kenapa? Dia buli ke?, Pukul kamu ke?, Minta duit kamu ke? Semua tak, habis tu? Meluat tengok kawan tu. Samseng. Gang ni yang kencing dalam kelas masa tingkatan 2 dulu, kencing dalam plastik kemudian letak dalam beg kawan. Masyaallah, hampa ni, spesis apa ha! Patutlah kawan hampa meluat kat hampa. Meluat tahap tinggi tuh. Dah tingkatan 4 ni, berubah2lah. Tahun depan nak peksa spm. Penting untuk masa depan tu. Tanya cikgu2 lain, betul ke bebudak ni, teruk? Tahun lepas tak ngajar kelas tu, tapi perasan juga masa suruh susun dewan peperiksaan pmr. Kurang asam punya budak. Kita suruh angkat kerusi dia kata: cikgu suruhlah orang lain, dengan cara duduk atas kerusi macam orang kalah judi. Eh... budak ni. Biar betul, cakap ngan cikgu macamtu.
Oh ya, cakap tentang penat minggu pertama persekolahan ni, sorang cikgu ustazah ni mengandung nak masuk 7 bulan, bleeding. Doktor kata mungkin penat sangat, suruh rehat dapat cuti 2 minggu. Sorang lagi, pagi tadi, on the way ke sekolah, bagitau siisteri disebelah, hantarkan ke hospital, sebab tak larat sangat. Semoga mereka ni cepat sembuh dan tak melarat jadi kes lain yang lebih serius.
Well, these are my flavours of today, sweet, sour, bitter and stale. Bye.
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)