Sunday, November 29, 2009

On khenduri.


Sekarang ni musim kenduri. Kahwin, korban, akikah. Maklumlah cuti sekolah. Adik -beradik (Bahasa orang Kedah untuk saudara-mara) senang nak datang. Speaking of kenduri kawin, ada trend baru sekarang ni. Ya la.. as times goes by, bermacam-macam jalan dicari untuk memudahkan lagi kenduri kawin bagi pihak tuan rumah dan juga tetamu. Mengimbas kembali, kenduri dulu-dulu, semua kerja dibuat secara gotong royong. Seminggu sebelum kenduri, rumah pengantin dah dipenuhi orang kampung setiap hari, hari ini buat kerisik, esok buat pulut kacau, lusa buat bunga telur, tulat hias bilik pengantin dan pelamin , dan seterusnya-seterusnya lah. Masyarakat masa tu sentiasa ada masa untuk bantu membantu, silaturahim pun semakin erat. Hari kenduri pakat-pakat bawa kukur nyior, lesung batu, pisau untuk membantu memasak. Lawan kukur nyior sampai ke pagi. Memasak dari malam sampai ke pagi. Letih tu. Tapi seronok punya pasal. Kenduri ni adalah antara acara hiburan dulu-dulu. Sekarang ni dah ada blender, mesin perah santan but still tak da masa nak buat aktiviti secara gotong royong. Memasak ramai-ramai, mendirikan kemah ramai-ramai dah diambil alih oleh syarikat katering.Dulu makan kenduri berhidang, sekarang bufet, atau taruh atas. Masa mula-mula dulu orang tua-tuao komplen juga makan macam ni, tapi sekarang dah biasa dah. Dulu buah tangan tetamu ialah bunga telur. Oleh kerana bekalan telur agak terhad, ada ibu-bapa yang bawa bekal bunga telur dari rumah, in case tuan rumah tak bagi bunga telur atau tak cukup, ibu-bapa akan secara senyap-senyap bagi bunga telur bekal ni kepada anak-anak, takut anak mengamuk tak dapat bunga telur dan create scene tengah orang ramai pulak. Malu nanti! Tapi sekarang perlahan-lahan bunga telur dah diganti dengan goody bag. Goody beg ni pula ditempah khas, siap dengan nama pengantin, ucapan terima kasih, malah ada yang lengkap dengan gambar pengantin. Dalam beg pula ada kuih-muih, sapu tangan, tuala tangan, kipas, sabun dan macam-macam lagi. Apa nak susah, siap duit ja. Semua ada dijual, cantik-cantik pulak tu.
Dulu sebelum kenduri, tuan rumah kena renovate rumah, tambah bilik pengantin, cat baru, buat langsir baru dan macam-macam lagi. Beribu ringgit juga habis tu. Sekarang dah ramai yang sewa hotel, dewan, resort, home stay untuk buat kenduri. Duit sewa tu mungkin lebih murah daripada nak siap rumah. Lagi pula tuan rumah tak lah penat mengemas rumah selepas kenduri. Boleh demam dibuatnya. Pendek kata , tepuk dada, tanya selera. Yang penting keberkatan majlis itu mestilah dijaga, jangan buat majlis yang ada unsur-unsur lagha (melekakan), ada karaoke, persembahan band, dan sebagainya. Tempat tetamu, kalau boleh diasingkan lelaki dan perempuan lagi baik. Perkahwinan adalah sesuatu yang suci-murni, janganlah dicemari dengan agenda-agenda yang boleh mengurangkan keberkatannya. Insyaallah, pasangan pengantin akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.